comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] STPM 2023: 1,116 calon peroleh PNGK 4.00

Oleh: Shuhadah Marzuki

SELAYANG: Seramai 1,116 calon mendapat keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada 2023.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, daripada jumlah itu, 803 calon atau 71.95 peratus adalah daripada kategori B40.

Foto: NSTP

Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan turut mengumumkan, PNGK Nasional STPM 2023 meningkat kepada 2.84 daripada 2.82 tahun 2022, sekali gus PNGK Nasional tertinggi sejak STPM dilaksanakan.

Seramai 41,548 calon menduduki peperiksaan itu di 657 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon STPM 2023 boleh menyemak keputusan menerusi pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK dan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM/No.Kad Pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888 bermula 11 pagi ini hingga 12 tengah hari 30 Julai, Selasa ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini