comscore
Tumpuan :
Nasional

Stor kuaters TLDM Lumut terbakar

Oleh: Kumaran Rajamoney

LUMUT: Sebuah bilik yang dijadikan stor penyimpanan barangan lama di dalam sebuah rumah kuaters pangsapuri di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar petang tadi.

Bilik Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.35 petang .

“Anggota bomba yang tiba mendapati kebakaran berlaku di pangsapuri blok B. Kebakaran melibatkan bangunan jenis kelas A, di tingkat tiga yang mengalami kemusnahan sekitar 30 peratus.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian kebakaran itu. Pemadaman dilakukan dengan menggunakan ssatu aliran 300 kaki, bersumberkan air tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Operasi pemadaman dijalankan 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dan Bomba TLDM.

Kebakaran dipadam sepenuhnya pada jam 4.43 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini