comscore
Tumpuan :
Nasional

Stor cat terbakar, dua melecur tahap 3

FOTO: Ihsan Bomba

KULIM: Stor penyimpanan cat sebuah kilang di Jalan Kulim Baling di sini terbakar hari ini, menyebabkan dua lelaki cedera melecur tahap tiga.

Mangsa yang kedua-duanya berusia 40-an dipercayai pekerja kilang berkenaan.

Mereka dihantar ke Hospital Kulim (HK) dengan menaiki jentera EMRS Bomba dan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.55 pagi tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Kulim Hi-Tech seramai 12 anggota dan dibantu sepasukan anggota dari BBP Kulim seramai tujuh anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lunas.

FOTO: Ihsan Bomba

“Setibanya di lokasi mendapati, terdapat kebakaran membabitkan stor penyimpanan cat kelas A di dalam kawasan kilang itu.

“Ketika api sedang marak, dua lelaki yang dipercayai berada di kawasan itu mengalami kecederaan dan melecur tahap tiga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmir berkata, anggaran kemusnahan stor itu adalah 80 peratus dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 9.23 pagi.

Beliau berkata, setakat ini punca serta kerugian kebakaran itu masih dalam siasatan.

“Operasi tamat pada jam 1.43 petang hari ini,” katanya.

Loading...
Terkini