comscore
Tumpuan :
Nasional

Stesen minyak dikompaun kerana tiada alat pemadam api

JBPM Perak mengeluarkan kompaun ke atas stesen minyak di Meru, di sini, yang gagal menyediakan alat pemadam api di tempat yang sepatutnya. – FOTO: NSTP

IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengeluarkan 124 kompaun ke atas stesen minyak sekitar negeri ini malam tadi kerana gagal menyediakan alat pemadam api di premis.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, menerusi Ops Terjah yang dilaksanakan serentak oleh 35 balai bomba seluruh Perak, sebanyak 135 premis stesen minyak diperiksa.

“Kita dapati kebanyakan stesen minyak menyimpan alat pemadam api di dalam premis perniagaan pada waktu malam atas alasan keselamatan daripada dikacau ganggu, vandalisme atau kecurian.

“Namun ini bertentangan dengan Seksyen 52 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 yang menetapkan alat pemadam api mesti diletakkan di tempatnya bagi memastikan keselamatan stesen minyak serta perlindungan dari segi kebakaran.

“Sekiranya peralatan yang diperlukan untuk memadam kebakaran tidak berada di tempatnya, itu menyebabkan risiko kebakaran meningkat dan kemungkinan kebakaran yang lebih serius berlaku,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi di sebuah stesen minyak di Meru di sini, malam tadi.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan bertujuan menyedarkan pengusaha stesen minyak terhadap kepentingan pematuhan peraturan demi keselamatan.

“Jangan kita memikirkan dari aspek keuntungan hinggakan aspek keselamatan kebakaran kita terlepas pandang atau terabai kerana ini medium utama mencegah kebakaran di peringkat awal,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini