![](https://media.buletintv3.my/2025/02/76583763069.png)
PORT DICKSON: Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson yang meletup dan terbakar mengejutkan penduduk sekitar malam tadi.
Komander Operasi Kanan, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, maklumat awal dari pemanggil yang menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson memaklumkan berlaku letupan pada jam 9 malam tadi.
“Jentera sampai di lokasi dua minit kemudian dan operasi sedang dijalankan bagi memadam api yang agak besar,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, tiada mangsa yang terperangkap dalam kejadian itu.
“Operasi disertai anggota BBP Port Dickson dan Pasukan Pihak Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Seremban 2 diketuai Komander Operasi Sabarudin Ahmad.
“Tindakan pasukan di lokasi ialah mencari punca letupan dan kita akan maklumkan situasi dari semasa ke semasa kerana operasi sedang berjalan,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.