comscore
Tumpuan :
Nasional

Status pernikahan guna Aurad Muhammadiah perlu disahkan – Mufti Wilayah

Foto: NSTP

Oleh: Shuhadah Marzuki

KUALA LUMPUR: Pernikahan pengikut Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) dengan mas kahwin satu pusingan Aurad Muhammadiah adalah wirid Al-Arqam yang pernah difatwakan sebagai ajaran sesat pada tahun 1994.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, status pernikahan yang menyebut satu pusingan Aurad Muhammadiah sebagai mas kahwin perlu disahkan oleh jabatan pendaftaran perkahwinan pejabat agama.

‘Aurad Muhamadiyyah satu wirid yang telah pun diputuskan oleh fatwa itu yang diamalkan oleh Jemaah Al-Aqram dulu sudah ada fatwanya di peringkat negeri dan kebangsaan yang difatwakan sesat. Adakah ia masih diamalkan atau tidak saya tidak dapat pastikan,’ katanya.

Mengulas sama ada perkahwinan terbabit sah atau tidak, beliau berkata, perkahwinan yang mempunyai mas kahwin yang jelas adalah sah.

‘Disebut dalam akad itu bukan syarat kerana kalau tidak disebut ia akan pergi kepada mahar misil iaitu apa yang sesuai dan patut diberikan kepada pengantin perempuan.

‘Bagaimanapun dalam hal ini, kita kena tengok pengesahan daripada jabatan pendaftaran perkahwinan di jabatan agama Islam dan Mahkamah Syariah,’ jelasnya lagi.

Beliau turut menjelaskan anak-anak di pusat amal GISBH yang diserbu baru-baru ini didapati ber ‘bin’ kan Abdullah, perkara berkenaan perlu disahkan menerusi dua peringkat.

‘Ada dua lapis proses iaitu penetuan nasab oleh jabatan agama, Jabatan Pendafaran Perkahwinan pejabat agama sebelum ke Jabatan Pendaftaran Negara yang akan meneliti sijil yang dikeluarkan,’ jelasnya lagi.

Terdahulu, tular video di media sosial menunjukkan sebuah sesi akad nikah membabitkan pengikut GISBH.

Video terbabit memaparkan lafaz nikah ahli GISBH yang menjadikan Aurad Muhammadiah sebagai mas kahwin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini