comscore
Tumpuan :
Nasional

Sri Aman, Serian catat IPU tidak sihat  

Sri Aman – Foto: NSTP

KUCHING: Selepas Sri Aman, Serian pula mencatat bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat, hari ini.

Berdasarkan rekod Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), stesen pemantau Serian merekodkan bacaan melebihi 105 bermula jam 12 tengah hari tadi.

Bacaan terus meningkat dengan bacaan terkini IPU 106 sehingga jam 5 petang.

Sementara itu, stesen Sri Aman yang mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan 108 bermula pada jam 10 malam tadi  juga terus meningkat kepada 136.

Selain dua lokaliti itu, APIMS turut merekodkan 10 stesen pemantau IPU di Sarawak berada pada kategori sederhana sehingga jam 5 petang.

Ia membabitkan Samarahan dengan bacaan IPU 89, Kuching (84), Sarikei (79), Kapit (82), Bintulu (78), Mukah (77), Sibu (75), Limbang (72), Samalaju (71), Miri (71) dan ILP Miri (68).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini