comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM tidak berhasrat tahan Tun Dr Mahathir

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berucap pada Majlis Pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Putrajaya. – FOTO: NSTP

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berhasrat menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, ini kerana siasatan terhadap tokoh politik itu masih berjalan.

“Itu tidak lagi. Kita tidak berhasrat untuk tahan beliau”, katanya.

Tan Sri Azam berkata demikian selepas Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 pagi tadi.

Sebelum ini Tan Sri Azam memberitahu Tun Dr Mahathir antara individu berprofil tinggi yang disiasat berkenaan pengisytiharan harta.

Ekoran penyiasatan itu, kedua-dua anaknya juga telah diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

18 Januari lalu, SPRM meminta kedua-dua anak Dr Mahathir, Mirzan dan Tan Sri Mohkzani, mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangan sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis.

Tan Sri Mokhzani pula disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini