comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM tiada had masa, siasat berdasarkan aduan – Azam Baki 

FOTO: NSTP

Oleh: Fareez Azman

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa pihaknya tidak menerima apa-apa arahan daripada mana-mana pihak bagi menjalankan siasatan terhadap sesiapa sahaja.

Sebaliknya ujar Azam, setiap kes yang disiasat berdasarkan maklumat serta aduan yang diterima pihaknya.

“SPRM kami tiada had masa, sekiranya ada aduan maklumat disalurkan kemudian kami akan menilai maklumat itu dan kami akan jalankan siasatan.

“Saya ulang sekali lagi saya tidak mengambil apa-apa arahan daripada mana mana pihak dalam kami menjalankan siasatan jadi tidak wajar kami nak dituduh kerana kita dapat arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam menjalankan sesuatu siasatan.

“Saya hanya menjalankan tugas saya mengikut bidang kuasa saya dan mengikut lunas undang-undang,” jelasnya ketika diminta mengulas tuduhan pihak tertentu terhadap agensi itu berkait siasatan yang sedang dijalankan ketika ini.

Mengulas lanjut tambah Azam lagi, pemantauan SPRM mendapati tidak banyak isu yang timbul di bawah kerajaan MADANI berhubung isu tatakelola mahupun ketirisan.

“Kalau saya lihat, berhubung kerajaan MADANI ada sekarang, setakat ini tidak banyak isu saya perhatikan di bawah pemantauan kami juga rekod kita berhubung dengan maklumat juga tohmahan-tohmahan tidak begitu serius.

“Ada beberapa perkara melibatkan isu tatakelola dan sebagainya berkemungkinan yang disebut Perdana Menteri itu berhubung kes lepas yang masih lagi timbul dan dilaporkan kepada kami,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Buletin TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini