comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM tahan reman seorang penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu RM40,000

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan hari ini menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu berkaitan permohonan bantuan ternakan lembu bernilai kira-kira RM40,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an telah ditahan kira-kira pukul 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Susulan penahanan itu, suspek telah di bawa ke Mahkamah Majistret Sivil Seremban, Negeri Sembilan pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari sehingga 30 Julai 2024 telah dikeluarkan oleh Majistret Fairuz Syuhada Amran.

“Suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada Februari 2012 dan siasatan awal mendapati suspek mengemukakan borang permohonan bantuan ternakan/veterinar atas nama ibu saudaranya yang mengandungi butir matan palsu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini