comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM tahan reman pengarah syarikat terima suapan RM60,000

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang kontraktor sebagai balasan bagi mendapatkan projek pembinaan sebuah rumah kediaman di negeri ini.

Perintah reman selama lima hari sehingga 23 September 2024 terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40an dikeluarkan Majistret Khairulnisak Hasni selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pagi tadi.

Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira jam 6.30 petang semalam sekitar negeri Melaka selepas menerima wang kira-kira RM3,000 daripada kontraktor tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah meminta wang rasuah bernilai kira-kira RM60,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan untuk melantik syarikat kontraktor tersebut membina sebuah rumah kediaman satu tingkat di sekitar negeri Melaka yang berjumlah kira-kira RM2 juta.

“Suspek juga disyaki telah mengugut pengadu sekiranya dia enggan membayar wang seperti yang diminta, pengadu tidak akan dilantik sebagai kontraktor untuk kerja tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini