MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima penjawat awam susulan penangkapan 18 warga tempatan pada Selasa lalu.
Mereka disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kilang-kilang e-waste di sebuah daerah di negeri selatan tanah air.
Perintah reman selama enam hari sehingga 4 Mac 2025 terhadap kesemua suspek itu telah dikeluarkan Majistret Nur Affiqah Radhiah Zainurin, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka, pagi tadi.
Kesemua suspek lelaki berusia antara 20 hingga 40-an itu telah ditahan antara jam 7 hingga 9 malam semalam
di pejabat SPRM Melaka ketika hadir memberi keterangan.
“Siasatan awal mendapati ada antara penjawat awam ini menerima rasuah secara one off antara RM1,000 hingga RM20,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kilang-kilang e-waste ini.
“Dipercayai ada juga antara pegawai ini yang mengutip wang rasuah sebanyak RM12,000 sebulan daripada kilang-kilang e-waste ini,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.