comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM tahan pesara kerajaan minta, terima rasuah RM16,000

FOTO: NSTP

TAWAU: Seorang pesara kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM16,000 tiga tahun lalu.

Menurut sumber, suspek berusia dalam lingkungan 60-an itu ditahan ketika hadir bagi memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Tawau, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai telah meminta dan menerima rasuah bagi tujuan mempercepatkan proses pindah milik tanah seluas 12 ekar yang terletak di daerah Tawau,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

“Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau esok,” katanya

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini