JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan lima individu kerana disyaki meminta rasuah berjumlah RM3,000.
Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 24 hingga 30 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor jam 8 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.
Difahamkan, suspek bertindak sebagai orang tengah bagi menyelesaikan satu kes kesalahan mengikut seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan lima orang awam itu.
Siasatan kes mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.
Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini bagi permohonan mendapatkan perintah reman.
| ARTIKEL BERKAITAN