comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM siasat lanjut skandal jual ‘sorok-sorok’ plat klasik

 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan teragak-agak menyiasat lebih lanjut isu pendaftaran nombor plat klasik kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang didakwa berlakunya salah guna kuasa dan rasuah.

Kata Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki agensi itu akan terus melaksanakan siasatan menerusi pasukan petugas khas yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pengangkutan.

“Setakat ini kita serahkan siasatan kepada pasukan petugas khas yang diwujudkan berhubung dakwaan itu. Kita akan tengok sama ada wujud elemen salah guna kuasa atau rasuah wujud barulah kita masuk,” katanya ditemui media di Putrajaya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini memberitahu penubuhan pasukan petugas khas yang dianggotai Unit Integriti Kementerian itu akan menyiasat dakwaan salah laku di JPJ melibatkan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan.

Ia selepas pendedahan dokumen “JPJandora Papers” melalui saluran Telegram yang mendakwa skandal penjualan semula nombor plat klasik bertujuan mendapat untung angin sehingga berharga ratusan ribu ringgit.

Loading...
Terkini