Tumpuan :
Nasional

SPRM perhebat siasatan, sasar CPI lebih baik

FOTO: NSTP

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperhebat penyiasatan dan inisiatif pencegahan serta pendidikan yang lebih berkesan bagi mencapai sasaran kerajaan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Dalam kenyataan, agensi itu memaklumkan pihaknya melalui Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) yang berperanan sebagai urus setia kepada Pasukan Petugas Khas CPI dan dipimpin oleh Ketua Setiausaha Negara, (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar akan terus meneliti dapatan survei bagi mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki.

“Ini termasuk mempergiat kerjasama dengan semua pemegang taruh termasuk kementerian, sektor swasta, masyarakat sivil, serta Transparency International Malaysia.

“Usaha mempertingkatkan CPI bukan hanya bergantung kepada penguatkuasaan tetapi juga memerlukan usaha sepadu daripada semua pihak,” demikian menurut SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, SPRM menyeru semua pihak agar meneruskan kerjasama serta memainkan peranan masing-masing untuk menambahbaik strategi pencegahan dan memperkukuh tadbir urus demi mencapai sasaran Malaysia dalam kelompok 25 negara terbaik dunia menjelang 2033.

Sebelum ini dalam laporan CPI 2024, Malaysia kekal di kedudukan ke-57 untuk tahun kedua berturut-turut dengan skor yang juga kekal pada 50 mata sejak 2023.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini