Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan media berhubung siasatan rasuah membabitkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed, bertarikh hari ini seperti ditularkan di media sosial.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan mengeluarkan kenyataan terbabit adalah berniat jahat serta mengelirukan orang ramai.
Justeru itu, katanya, orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat tidak pasti atau palsu.