comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] SPRM mohon Notis Merah INTERPOL kesan menantu Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meminta bantuan Interpol untuk mengesan menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi individu yang dikehendaki.Kedua-duanya didakwa terbabit dengan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Artikel berkaitan: Dua ‘orang dikehendaki’ termasuk menantu Muhyiddin dipercayai lari ke luar negara – SPRM

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memohon Notis Merah dan permohonan itu akan dilakukan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.

Foto NSTP

Beliau turut menjelaskan, ketika ini SPRM juga akan minta kerjasama PDRM dan Jabatan Imigresen (Imigresen) untuk membekukan pasport dua individu berkenaan.

Individu pertama yang dicari SPRM ialah Muhammad Adlan Berhan, 48, dengan alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, manakala, seorang peguam, Mansoor Saat, 69, beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.

Loading...
Terkini