comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM tahan 3 penguatkuasa minta rasuah RM800

FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM800 daripada seorang pemandu lori.

Sumber berkata,  pemandu lori berkenaan mendakwa ketiga-tiga suspek lelaki yang menaiki sebuah kenderaan jabatan telah meminta wang rasuah.

Ia sebagai balasan untuk melepaskan pemandu lori tersebut daripada disaman atas kesalahan tidak memiliki lesen membawa barangan
kira-kira jam 8.30 malam semalam.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek berusia antara 35 hingga 41 tahun itu dipercayai ditahan oleh pegawai SPRM di sebuah hentian bas di Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam semalam.

Sementara itu. Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini