Tumpuan :
Nasional

SPRM kesan Siti Liyana Sakijan bantu siasatan kes

PETALING JAYA : Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes SPRM.

Dalam satu kenyataan SPRM berkata, wanita terbabit, Siti Liyana Sakijan, 31, mempunyai alamat terakhir di No 51, Jalan Hjh Jamrah, Kg Sri Desa, 86100 Ayer Hitam, Johor.

Justeru, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Jayaraj Rajan di talian 016-6371082 atau e-mel kepada [email protected]

Loading...
Terkini