Tumpuan :
Nasional

SPRM kesan Datuk Justin Lim bantu siasatan

PETALING JAYA: Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes SPRM.

Lelaki tersebut, Datuk Justin Lim Hwa Tat, 47, mempunyai alamat terakhir di No. 54, Jalan SS 22/27 Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Freddick Makiun di talian 03-88700480 atau 014-8595925 atau emel kepada [email protected].

Loading...
Terkini