comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM kesan 2 lelaki bagi kes berasingan di  Johor, Kedah

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang warga Bangladesh setelah lelaki itu gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah bagi pertuduhan kes.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan Md Asraful Islam, 38, adalah pemegang pasport bernombor EH0365795 dan beralamat terakhir di G-13, Blok 4, Jalan Mesra 3, Taman Mesra,13400 Butterworth, Pulau Pinang.

“Individu tersebut  gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Sesyen Alor Setar bagi tujuan pertuduhan kes yang telah ditetapkan dan orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Ramli Abd Hamid di talian 019-2676958 atau e-mel kepada [email protected],” menurut kenyataan itu.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, SPRM turut mengesan seorang lelaki tempatan Mohamad Syaza Na’im Mohd Khairudin, 30, yang beralamat terakhir  di A4-G06, Lorong Pauh Indah 3, Taman Pauh Indah, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Adam Khalid di talian 016-6491439 atau e-mel kepada [email protected],” menurut kenyataan itu.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini