Tumpuan :
Nasional

SPRM cari 7 individu bantu siasatan kes Seksyen 18 Akta SPRM 2009

Kesemua tujuh individu dicari bagi membantu iasatan kes di bawah kesalahan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan tujuh individu bagi membantu siasatan kes di bawah kesalahan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dalam kenyataan SPRM hari ini, kesemua mereka dikenali sebagai Liang Hwa Keong, 68; Kong Sian Chee, 57; Leong Thien Poh, 63; Ong Chee Heong, 60; Lim Hoon Woon, 48, Teng Wan Peng, 50 dan Teng Wan Loong, 51.

Alamat terakhir kesemua yang dikesan direkodkan di Rawang, Sungai Buloh dan sekitar Kuala Lumpur.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Khairul Ariffin Bin Ghazali, di talian 012-3235996 atau melalui email di [email protected].

SPRM berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama bagi membantu menyelesaikan siasatan kes.

Loading...
Terkini