comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] SPRM bongkar penipuan pembekalan 28,000 tan beras RM100 juta

 

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  membongkar kegiatan penipuan oleh sebuah syarikat pembekalan beras di Kedah yang menyebabkan kepincangan pengedaran dan penjualan bahan makan ruji negara itu.

Menurut sumber, syarikat terbabit telah mendapat kontrak pembekalan beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bernilai lebih RM100 juta setahun kira-kira tujuh tahun lalu bagi pembekalan beras di Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan kontrak itu, syarikat terbabit telah membuat pinjaman bank sekitar RM30 juta sebagai pembiayaan projek berkenaan beberapa tahun lalu.

“Pengarah syarikat tersebut telah berpakat dengan seorang ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan negeri tersebut untuk mengesahkan pembelian dan penghantaran sebanyak 28,000 tan beras setahun bernilai lebih RM100 juta, namun pembekalan tersebut tidak dibuat.”

“Syarikat tersebut dikatakan telah pun menerima amaun kira-kira RM30 juta itu menerusi beberapa transaksi,” katanya.

Sumber menambah, suspek terbabit juga dikatakan telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan palsu kepada pihak bank untuk proses permohonan pembiayaan pinjaman.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini