comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM belum terima notis pengisytiharan harta anak Tun M

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menerima notis pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah menyerahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 kepada Mirzan dan Tan Sri Mohkzani, bulan lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini SPRM masih menunggu notis pengisytiharan daripada dua ahli perniagaan terbabit.

“Kalau tidak membuat pengisytiharan dalam tempoh yang ditetapkan, mereka boleh dituduh gagal mengisytiharkan harta.

“Tetapi mereka boleh membuat permohonan selepas tempoh yang diberikan tamat (pertengahan bulan ini),” katanya pada sidang media selepas Program Cakna Rasuah Bersama Pengamal Media Sarawak, hari ini.

Tan Sri Azam berkata, banyak perkara lain di dalam skop siasatan kes berkenaan dan pengisytiharan harta adalah salah satu daripada proses siasatan.

“Ini bermakna pendakwaan terhadap mereka lambat lagi kerana kita perlu melengkapkan siasatan dulu,” katanya.

Pada 18 Januari lalu, SPRM mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Tan Sri Mokhzani pula disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini