comscore
Tumpuan :
Nasional

Lanjutan tarikh pengisytiharan aset anak Tun M diserahkan kepada pegawai penyiasat

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki bercakap pada sidang media paselepas majlis menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan Dan Pengurusan Aset Tenaga Eletrik di Malaysia di Pusat Konvesyen Leo Moggie, TNB. -FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Permintaan dua anak lelaki Tun Dr Mahathir untuk melanjutkan tarikh pengisytiharan harta mereka diserahkan kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, terdapat perbincangan antara pengawai penyiasat dan peguam bagi tempoh pengisytiharan yang melibatkan Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir.

“Kalau tak silap saya masih belum lagi kita terima (pengisytiharan aset kedua-dua anak Tun M), kalau tak silap saya.

“Dimana baru-baru ni ada perbincangan antara pihak pegawai penyiasat dengan pihak peguam untuk memperincikan dari segi tempoh, yang itu saya serahkan kepada pegawai penyiasat sayalah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan dan Pengurusan Aset Tenaga Elektrik di Malaysia di Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di ibu negara hari ini.

Sebelum ini dilaporkan Tan Sri Mokhzani Mahathir dan abangnya, Mirzan sepatutnya mengisytiharkan harta masing-masing pada 25 Mei dan 29 Mei.

Namun SPRM memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi dua anak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan harta milik mereka pada 26 mei lalu.

Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir dikehendaki memenuhi permintaan berkongsi perincian harta serta seluruh aset yang diperoleh sejak 43 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1981 ketika bapa mereka menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

Tan Sri Azam menjelaskan, dua anak bekas perdana menteri itu boleh didakwa sekiranya gagal mengisytiharkan harta mereka kepada agensi penguasa itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini