Tumpuan :
Nasional

SPRM ambil keterangan MB Perlis berhubung dakwaan salah guna kuasa – Azam Baki

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli. – FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Ia disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Buletin TV3.

Mohd Shukri tiba di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira jam 9.50 pagi tadi selepas diminta hadir bagi dirakam keterangan.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air kerana disyaki mempunyai kepentingan membabitkan projek pembekalan bernilai RM300,000.

Sumber SPRM memaklumkan, pemimpin terbabit disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta.

Media sebelum ini melaporkan anak Mohd Shukri bersama empat individu ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM600,000 baru-baru ini.

Loading...
Terkini