Tumpuan :
Nasional

[VIDEO]  SPRM akan bertemu Tiong, pelancong China esok 

 

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM dijangka bertemu Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Tiong King Sing dan seorang warga China esok berhubung dakwaan rasuah melibatkan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketika dihubungi Utusan Malaysia Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pertemuan itu adalah untuk membantu siasatan.

Beberapa hari lalu, tular gambar dan laporan berita yang mendakwa King Sing campur tangan dalam urusan melepaskan seorang pelancong dari China, namun ia dinafikan Ahli Parlimen Bintulu itu.

King Sing sebaliknya mendakwa wujud amalan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan sebilangan kakitangan JIM yang bertugas di pintu masuk utama negara itu, sehingga mengundang beberapa kenyataan penafian daripada kesatuan dan kakitangan yang mewakili agensi berkenaan.

Loading...
Terkini