Tumpuan :
Nasional

SPPB perlahan disebabkan peningkatan akses pengguna

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Peningkatan akses pengguna sehingga menyebabkan pembacaan data yang tinggi dikenal pasti sebagai faktor Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) secara keseluruhan menjadi perlahan.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, dapatan itu diperolehi hasil pemantauan pengoperasian sistem berkenaan menerusi Pemantauan Prestasi Aplikasi (APM) yang berterusan.

“KPM telah mengambil beberapa langkah penting bagi meningkatkan pengoperasian SPPB. Ini termasuk dengan menambah baik dan
mengoptimumkan kod pengaturcaraan, meningkatkan kapasiti server dan melaksanakan ‘tuning’ konfigurasi server,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai maklum balas aduan kesukaran dihadapi guru berkaitan penggunaan SPPB.

SPPB adalah sistem pengurusan pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM.

Mengulas lanjut, menurut KPM, pihaknya sentiasa berusaha meningkatkan pengoperasian sistem SPPB untuk membantu memudahkan tugas guru, selain memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terpelihara.

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai SPPB boleh dikemukakan dengan menghubungi talian hotline +60388843632 atau menerusi ICT Service Desk (ISD) https://isd.moe.gov.my/.

Loading...
Terkini