Tumpuan :
Nasional

“Sponge City”: KPKT Garis cadangan konsep

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR:Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa  telah menggariskan cadangan konsep “Sponge City” di dalam Rancangan Fizikal Negara Keempat.

 

Timbalan Menterinya, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata konsep terbabit  merupakan konsep penyimpanan dan penggunaan air hujan berskala besar yang membantu mengurangkan risiko banjir kilat dan meningkatkan jumlah air yang boleh diguna semula.

“Konsep ini merupakan satu langkah responsif yang boleh dimanfaatkan di kawasan perbandaran yang sering mengalami banjir kilat dan gangguan bekalan Pelaksanaan konsep “Sponge City” adalah berbeza di setiap bandar bergantung kepada keperluan dan konteks setempat.”

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Dewan Datuk Sivaraj Chandran ketika sesi jawab lisan di Parlimen pagi tadi.

Tambahnya konsep berkenaan juga diharapa dapat  membantu mengurangkan risiko pencemaran  air, menangani masalah pulau haba dan meningkatkan penyediaan kawasan rekreasi serta  kawasan hijau di dalam kawasan bandar dan seterusnya dijangka akan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Ujar Datuk Aiman “Sponge City” berkenaan boleh menjadi kawasan tadahan air hujan dan  bertindak sebagai pusat penyimpanan semulajadi sebelum disalurkan ke kawasan saliran.

Katanya ianya merupakan pendekatan menyeluruh dalam menguruskan kitaran air di kawasan perbandaran selain membantu dalam mitigasi risiko banjir kilat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini