comscore
Tumpuan :
Nasional

Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini

FOTO: Law Choo Kiang/ Facebook

GEORGE TOWN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang akan menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap susulan  kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Isnin ini.

“Saya akan berjumpa Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang Isnin depan untuk menyerahkan notis rasmi daripada saya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Nor Zamri, 56, meninggal dunia kira-kira 1.38 tengah hari semalam, ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut dan menerima rawatan di situ sejak awal bulan ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini