Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] SOP COVID-19 ketika PRN akan diumum menjelang pengundian

KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan COVID-19 semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) selewat-lewatnya dua hari sebelum hari pengundian.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya berjumpa dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum menentukan SOP yang lebih spesifik pada hari pengundian, terutama membabitkan pengundi yang dijangkiti COVID-19.

Petugas kesihatan mengambil peluang bergambar kenangan dengan Dr Zaliha selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Kota Bharu hari ini

“Buat masa sekarang, SOP kita kekal yang sedia ada tapi untuk hari pengundian nanti, pasukan dari KKM akan berjumpa dengan SPR untuk SOP yang lebih spesifik terutama mereka yang didapati positif COVID-19.

“Jika seseorang pengundi itu dalam fasa kuarantin atau baru dikesan positif beberapa hari sebelum hari pengundian, kita akan ada SOP yang tertentu.

“Saya harap perkara ini akan diselesaikan segera dua atau tiga hari, sebelum hari pengundian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu Dr Zaliha yang diiringi Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, hadir dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan menyampaikan sijil kepada 1,363 penerima di sebuah hotel di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Loading...
Terkini