KUALA LUMPUR: Selangor FC (SFC) melancarkan solidariti buat Faisal Halim menerusi satu kenyataan di laman rasminya, malam tadi.
“Sebagai tanda solidariti bersama Faisal Halim, kami di SFC ingin menyeru orang ramai untuk membanteras keganasan dalam apa jua bentuk. Tiada tempat untuk keganasan.
“Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan beliau dan semoga beliau cepat pulih sediakala,” kata pasukan itu.
Faisal yang lebih mesra disapa ‘Mickey’ itu kini semakin stabil selepas melakukan pembedahan kedua di hospital swasta di Shah Alam, petang semalam.
Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Shahril berkata, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey menjalani pembedahan kedua selama tiga jam bagi memulihkan kecederaan akibat disimbah asid baru-baru ini.
Faisal Halim yang ketika ini sedang menerima rawatan susulan disimbah asid, Ahad lalu.
“Tiada ruang untuk keganasan dalam sukan yang kita cintai ini. Bola sepak adalah sukan yang menyatukan dan bukan untuk memecahbelahkan kita,” menurut kenyataan daripada SFC.
“Pemain-pemain bola sepak berusaha dan bekerja keras untuk kita. Seperti mana-mana atlet lain, Faisal Halim, tiada bezanya. Beliau sudah memberikan segalanya untuk kita meraikan kegembiraan bersama.
“Bukan sahaja untuk kelab, malah di peringkat kebangsaan. Paling diingati, baru-baru ini, gol ikoniknya menentang Korea Selatan dalam Piala Asia AFC 2023, membawa sorakan paling gemuruh di tanah air,” kata SFC.
Justeru, pasukan itu mengharapkan supaya semua penyokong dapat mendoakan keadaan pemain sayap kebangsaan itu yang ketika ini terpaksa menjalani beberapa pembedahan selepas mengalami lecur tahap empat.
“Kini, giliran kita pula untuk memberi sokongan padu kepada wira negara kita. Mari berdiri teguh di belakang insan yang mempunyai impian yang besar dalam bola sepak. Ini bukan sekadar bola sepak tetapi ini tentang perihal kemanusiaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Suspek kedua kes simbah asid Faisal Halim direman lima hari – KP Selangor
- Faisal cedera disimbah asid di pusat membeli belah
- Hannah minta PDRM segera tangkap pelaku simbah asid kepada Faisal
- Simbah asid: Faisal alami kelecuran tahap dua
- Kes simbah asid Faisal Halim: Polis tahan lelaki warga tempatan bantu siasatan
- Kes simbah asid Faisal Halim, lelaki tempatan direman dua hari
- FAM tingkat kawalan keselamatan pemain Harimau Malaya semasa tugasan rasmi
- Keadaan lecur Faisal pada tahap empat – FAS
- Faisal mengadu sakit seperti terbakar di dalam kulit
- Suspek pertama bukan pelaku kes simbah asid Faisal – Ketua Polis Selangor
- Kes simbah asid Faisal Halim, lelaki tempatan direman dua hari