PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menyekat khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mempunyai sebarang kandungan pautan pelokasi sumber seragam (URL) bermula 2 Julai ini.
Menteri bertanggungjawab, Fahmi Fadzil, berkata arahan itu bertujuan mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa scam atau penipuan dalam talian.
“Saya dan KKD menjadikan keselamatan siber sebagai teras utama. Salah satu caranya adalah dengan mencegah penipuan atas talian berlaku.
“Mulai 2 Julai ini, SMS yang mengandungi URL akan disekat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Sebelum ini pada April lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan semua syarikat telekomunikasi (TELCO) untuk melarang sebarang kandungan pautan pelokasi sumber seragam (URL) dalam SMS.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata arahan itu bertujuan mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa scam atau penipuan dalam talian.
Beliau berkata, MCMC telah mengeluarkan satu arahan kepada syarikat TELCO untuk memastikan tiada seorang pun yang akan tersalah tekan URL dan berkemungkinan menjadi mangsa (penipuan dalam talian).
Katanya, banyak penipuan dalam talian berlaku apabila pengguna tersalah tekan pautan itu, kemudian memberi maklumat peribadi dan akhirnya menjadi mangsa,” katanya