comscore
Tumpuan :
Nasional

SMK Dengkil, UiTM pupuk minat pelajar dalam STEM melalui pertandingan inovasi

DENGKIL: Dalam usaha memupuk minat pelajar dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Unit Sains Komputer Pusat Asasi UiTM Dengkil dan Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Dengkil menganjurkan program khidmat masyarakat yang dinamakan “Fostering Innovators of the Future Among Secondary School Students”.

Melalui program khidmat masyarakat ini, 11 projek inovasi STEM yang dibangunkan oleh 52 orang pelajar dan 8 guru telah dipertandingan dalam pertandingan inovasi Creations De UiTM (CDU) 2024 yang berlangsung baru-baru ini.

Tiga projek dari SMK Dengkil mendapat penganugerahan sebagai juara (‘Smart Dustbin’), naib juara (‘Smart Stick Blind’) dan tempat ketiga (‘Smart Distance Measurer’).

Selain itu, 20 penasihat yang terdiri daripada para pensyarah Unit Sains Komputer, Pusat Asasi UiTM Dengkil telah dilantik sebagai mentor bagi membimbing para pelajar dalam pembangunan projek berasaskan STEM seterusnya mengkomersialkan melalui pertandingan inovasi yang disertai.

Program ini juga merupakan kesinambungan Program Khidmat Masyarakat: “IEEE SPS Tech Camp for Students and Teachers in Dengkil” yang dianjurkan tahun lalu yang bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai semangat daya cipta yang tinggi dengan kebolehan mengkormersialkan projek atau produk.

Secara tidak langsung melalui pertandingan inovasi, pelajar juga dapat membentuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), menyelesaikan masalah menggunakan kreativiti dan inovasi serta bekerja dalam pasukan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini