comscore
Tumpuan :
Nasional

SKMM diminta jalankan ‘walk test’ di IPTA – Fahmi

FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) diminta untuk menjalankan ‘walk test’, iaitu pemeriksaan liputan internet di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sebelum ini terdapat kekangan untuk memasuki premis IPTA kecuali dijemput oleh pihak pengurusan.

“Sekarang kita dapat bantuan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya SKMM lebih mudah untuk masuk dan lakukan pengesahan capaian internet.

“Arahan terbaru saya adalah kita kena lakukan ‘walk test’ yang mana pergi ke setiap bilik kuliah, dorm, kolej kediaman dengan membawa peralatan untuk dapatkan pengesahan status capaian internet di lokasi berkenaan,” katanya pemberita selepas pada Majlis Syarahan Menteri Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.

Beliau berkata, tambahan kepada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada belanjawan baru-baru ini mengumumkan sejumlah dana bagi membantu universiti awam untuk meningkatkan capaian internet di ‘indoor mobile’, ‘outdoor mobile’ dan Wifi.

Anwar ketika pembentangan Belanjawan 2025 yang lalu telah mengumumkan peruntukan RM120 juta bagi menambah baik liputan internet di kesemua IPTA.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini