PUTRAJAYA : Seorang menteri dan dua timbalan menteri digugurkan daripada Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibarhim, hari ini.
Menteri yang digugurkan ialah V Sivakumar yang sebelum ini menerajui Kementerian Sumber Manusia.
Jawatan Menteri Sumber Manusia kini dipegang Steven Sim Chee Keong, yang sebelum ini ialah Timbalan Menteri Kewangan.
Timbalan Menteri yang digugurkan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching.