comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sivakumar beri keterangan kepada SPRM, isu pekerja asing

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berhubung siasatan kes rasuah mengenai pengambilan pekerja asing.

Sumber memaklumkan, Ahli Parlimen Batu Gajah itu hadir memberi keterangan pada jam 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, sumber sama enggan memaklumkan lokasi di mana Sivakumar hadir untuk diambil keterangan.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar. FOTO: NSTP

“Beliau hadir untuk memberi keterangan,” katanya kepada BH.

Usaha mendapatkan pengesahan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, belum berhasil.

Kelmarin, SPRM menahan Setiausaha Sulit kepada Sivakumar bagi membantu siasatan kes pengambilan pekerja asing.

Penahanan itu dibuat selepas seorang pegawai tugas-tugas khas kepada menteri berkenaan direman Khamis lalu.

Media sebelum ini melaporkan, Sivakumar dan kementeriannya akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung penahanan seorang pegawai di pejabat menteri itu bersabit isu membawa masuk pekerja asing. — BH Online

Loading...
Terkini