comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Situasi banjir di Johor semakin pulih, mangsa terus catat penurunan

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor semakin menurun dengan 31,680 daripada 8,992 keluarga dari tiga daerah masih terjejas banjir.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata jumlah itu berkurangan berbanding jam 8 malam tadi yang menempatkan 33,245 mangsa daripada 9,433 keluarga yang di 107 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Batu Pahat, Tangkak dan Segamat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, memaklumkan Batu Pahat masih merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu menunjukkan penurunan mangsa banjir dengan 31,581 orang (8,966 keluarga) di 103 PPS.

“Daerah Tangkak kekal dengan jumlah mangsa 24 orang (tiga keluarga) ditempatkan di satu PPS.

“Begitu juga di Segamat, jumlah mangsa kekal iaitu 75 mangsa (23 keluarga) di tiga PPS,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula tiada mengeluarkan sebarang amaran hujan berterusan mahu pun ribut petir di mana-mana daerah di negeri ini.

Menurut Azmi, setakat ini semua sungai yang sebelum ini berada pada paras bahaya sudah kembali paras normal.

“Empat jalan di daerah Batu Pahat masih belum boleh dilalui oleh kenderaan berat kerana banjir iaitu Jalan Parit Haji Arif/Sri Dayung, Jalan Parit Jambi, Jalan Yong Peng- Muar dan Jalan Haji Arif.

Loading...
Terkini