KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang dari kediaman keluarganya di Kampung Tok Muda, Karak, Pahang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Siti Khadijah Abdul Rahman daripada ibu remaja itu pada jam 8.30 pagi.
Katanya, remaja itu kali terakhir dilihat di rumah sebelum disedari hilang pada awal pagi tadi.
“Ketika kali terakhir dilihat, Siti Khadijah memakai kemeja-T lengan panjang berwarna hijau dan putih serta seluar jean biru.
“Remaja itu berkulit sawo matang dengan ketinggian sekitar 157 sentimeter, berat 40 kilogram dan bentuk badan sederhana,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, orang ramai yang ada sebarang maklumat berkaitan diminta tampil untuk membantu siasatan polis.
Maklumat boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berdekatan atau hubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melalui talian 09-2231999.
Selain itu, orang ramai boleh ke mana-mana balai polis bawah pentadbiran IPD Bentong, iaitu Balai Polis Bentong (09-2222222), Balai Polis Genting Highlands (03-61012222), Balai Polis Karak (09-2311222), Balai Polis Lurah Bilut (09-2377222), Balai Polis Manchis (09-2450522), Balai Polis Bukit Tinggi (09-2330222) dan Balai Polis Telemong (09-2399222).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.