comscore
Tumpuan :
Nasional

Sistem saliran di KL masih selamat, namun perlu berhati-hati di kawasan mendapan tanah

KUALA LUMPUR: Sistem saliran di Kuala Lumpur masih selamat tetapi orang ramai diingatkan berhati-hati di kawasan yang mempunyai mendapan tanah seperti di sekitar Jalan Masjid India.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, kebanyakan pembangunan yang ada di Kuala Lumpur sudah melebihi 30 tahun.

“Kita perlu lakukan ujian intergriti untuk semua sistem saliran di sekitar Kuala Lumpur.

“Kita akan bekerjasama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Indah Water Konsortium (IWK) dan pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Dr Zaliha berkata beliau juga akan menyemak dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sama ada terdapat penyelenggaraan berjadual yang ditangguhkan.

“Saya akan semak dengan DBKL bila kali terakhir pemeriksaan dilakukan tetapi kebiasaannya kita mempunyai pemeriksaan tahunan,” katanya.

Beliau berkata kawasan Jalan Masjid India kini dikawal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang ramai tidak dibenarkan untuk masuk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa

“Kami tidak benarkan orang awam ke kawasan itu tetapi kawasan lain Insyallah (selamat),” katanya selepas meninjau kawasan longkang runtuh di Kerinchi bersama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) untuk pembangunan di Kuala Lumpur sedang diperkukuhkan dan kajian geoteknikal (geotechnical study) juga akan diambil kira.

“Sebenarnya kajian ini ada dilakukan di kawasan yang bercerun. Di masa akan datang, mungkin kita akan lihat juga jika ada keperluan di kawasan yang rata dan di kawasan yang cuacanya tidak menentu.

“Mungkin hujan yang terlalu banyak menyebabkan struktur tanah menjadi lebih longgar dan lembut yang boleh menyebabkan keadaan tidak diingini.

“Kita tangguhkan dahulu (projek pembangunan yang baharu) sementara kita adakan taskforce,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini