Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sistem pembayaran terbuka di lima lebuh raya akan bermula September ini

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA: Lima lebuh raya akan mula melaksanakan sistem pembayaran terbuka pada September depan.

 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengguna lebuh raya akan dibenarkan menggunakan kad kredit dan debit untuk membayar tol.

Beliau berkata, lebuh raya yang membenarkan pilihan sistem bayaran selain Touch ‘n Go ialah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.

Sistem pembayaran terbuka juga akan dilaksanakan di Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.

Alexander dalam kenyataan di Facebook berkata, ia antara inisiatif awal peralihan ke arah sistem ‘Multi Lane Fast Flow’ (MLFF) yang sedang giat diusahakan.

“Pelaksanaan open payment system ini adalah antara inisiatif awal sebagai peralihan ke arah system Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang sedang giat diusahakan,” katanya.

Tambah beliau, sesi ujian dan penilaian sistem MLFF akan dijalankan sebelum penghujung Oktober depan, sebelum ianya dilaksanakan di semua lebuh raya di negara ini.

Lokasi ujian katanya sedang dalam rundingan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Alexander berkata, sistem itu yang mengguna pakai sistem pembayaran terbuka, bakal mewujudkan persaingan sihat dan memberi peluang semua penyedia kemudahan e-dompet turut serta, dan tanpa monopoli oleh pihak Touch ‘n Go.

Monopoli Touch ‘n Go mungkin ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini memberi bayangan itu berkata, Touch ‘n Go sudah beroperasi selama dua dekad namun tidak meyakinkan atau mempunyai perkembangan.

Loading...
Terkini