PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) bercadang memperkenalkan sistem kupon kepada golongan B40 dan peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) untuk membeli minyak masak paket bersubsidi satu kilogram (kg).
Menteri, Datuk Seri Salahuddin Ayub, bekata perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat.
Sekiranya cadangan ini dipersetujui, baharulah ia dapat dilaksanakan dengan meneliti dan mengemaskini data golongan yang layak menikmati program ini.
Katanya, melalui sesi libat urus dengan pemain industri minyak masak dan wakil-wakil persatuan pengilang minyak masak Malaysia yang diadakan hari ini mereka turut bersetuju mengekalkan 60,000 tan metrik minyak masak sebulan untuk dijual secara paket 1kg.
“Dalam seisi libat urus ini Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga telah membentangkan cadangan harga dua peringkat (2-tiered pricing) membabitkan harga jualan dalam negara dan luar negara termasuk polisi dan mekanisme pelaksanaannya,” katanya selepas Seisi Libat Urus Menteri bersama MPOB dan Pemain Industri Minyak Masak, hari ini.
Berita lanjut menyusul