comscore
Tumpuan :
Nasional

Sistem Kad Pengenalan Atasi Masalah Pekerja Asing Lari Ke Sektor Lain

TAPAH: Kementerian Sumber Manusia akan memperkenalkan sistem kad pengenalan pekerja asing mengikut sektor bagi mengatasi masalah pekerja lari ke sektor pekerjaan lain.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan, berkata sistem itu dapat mengelak majikan menyalahgunakan pendaftaran pekerja asing di sektor masing-masing.

“Maka dengan memperkenalkan sistem kad pengenalan mengikut sektor kita mengatasi masalah ini.

“Bayaran levi untuk sektor pertanian adalah lebih murah. Jadi, ramai majikan walaupun daripada sektor lain membawa pekerja asing dengan saluran pertanian kerana boleh membayar levi yang murah,” katanya kepada pemberita selepas hadir merasmikan Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia di Kompleks Sukan Tapah hari ini.

Saravanan berkata, langkah itu dapat memudahkan penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Disamping itu, berkenaan isu kekurangan pekerja asing di beberapa sektor, Saravanan menegaskan beberapa proses perlu dilalui sebelum pengambilan pekerja asing.

“Sempadan negara hanya dibuka 1 April dan selepas itu baru kita boleh proses dan boleh keluar mengambil pekerja asing.

“Walaupun dari segi dasar kita bersetuju mulai Disember mengambil pekerja asing, tetapi kita hanya boleh bergerak selepas negara kita membuka sempadan.

“Semua majikan sudah memohon mulai 1 April, tetapi ini bukan bermakna macam kolam tangkap ikan terus boleh bawa masuk (pekerja asing), kita pergi temu duga dan pilih orang yang betul dan sebagainya, saya percaya hujung tahun semua sektor selesai,” katanya.

Loading...
Terkini