Tumpuan :
Nasional

Sirap Limau lancar Projek Mimpi perkasa impian, aspirasi

Dari kiri, Penerbit Video Sirap Limau, Rusul Ismail; Ketua Kandungan Rangkaian Bahasa Melayu REV Media Group, Noraniza Azmi; dan Pengurus Kempen Projek Mimpi, Nurul Halifah Hamiruddin.

Oleh Hanis Aliaa Hidzir

Menjelang tahun baru 2024, pasukan editorial Sirap Limau tampil dengan ‘Projek Mimpi’ bertujuan menyediakan platform untuk rakyat Malaysia berkongsi impian, aspirasi, dan keinginan mereka yang belum tercapai. 

Berlangsung dari 15 November 2023 hingga 15 Januari 2024, kempen ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 kepada pemenang yang dipilih melalui tiga fasa pertandingan.

“Kami ingin memulakan tahun 2024 dengan mengumpulkan azam dan cita-cita rakyat Malaysia menerusi Projek Mimpi. 

“Perkongsian ini juga sekali gus diharap dapat memberi dorongan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai dengan usaha yang tekad dan berterusan”, kata Ketua Kandungan Rangkaian Bahasa Melayu REV Media Group, Noraniza Azmi. 

Pengurus Kempen Projek Mimpi, Nurul Halifah Hamiruddin, menyifatkan kempen ini sebagai satu tanggungjawab sosial untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan.

“Fokus kami adalah untuk memperkasakan aspirasi dan hasrat setiap individu tidak kira impian berbentuk peribadi mahupun membantu orang lain bagi menaikkan semangat mereka”. 

“Selain itu, ini adalah satu usaha juga untuk memenuhi impian orang ramai yang mungkin kurang berkemampuan dari segi kewangan dan sebagainya,” katanya. 

Penerbit Video Sirap Limau, Rusul Ismail berkata, pihak editorial akan membawakan kandungan berkaitan Projek Mimpi menerusi artikel dan video di platform seperti Tiktok, Facebook dan Instagram. 

“Ini adalah wadah berkesan untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai bahawa banyak impian dan keinginan individu yang tidak didendangkan. Sekali gus, kami ingin menarik orang ramai untuk tahu bahawa Sirap Limau membawakan konsep bacaan kekeluargaan. 

Untuk menyertai kempen Projek Mimpi, orang ramai hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan menerusi laman sesawang eksklusif Projek Mimpi di https://siraplimau.com/projekmimpi/.  

Pengguna juga boleh membaca artikel dan menonton video menarik melalui laman web kempen.

Maklumat lanjut mengenai fasa pertandingan Projek Mimpi adalah seperti berikut:

Fasa 1 – Mulai 15 November hingga 30 November 2023, kongsikan impian anda pada ruangan komen di hantaran Facebook Sirap Limau yang dimuat naik pada 15 November.

Fasa 2 – Sepanjang bulan Disember, Sirap Limau akan menyenarai pendek 10 hantaran impian terpilih. Para finalis perlu memuat naik video pendek berdurasi minimum satu minit berkaitan kisah dan impian mereka di media sosial. Pemenang akan dinilai berdasarkan bilangan interaksi video dan kreativiti peserta.

Fasa 3 – Pemenang akan diumumkan di platform media sosial Sirap Limau pada 1 Januari 2024.

Ketahui lebih lanjut mengenai Projek Mimpi di sini.

Loading...
Terkini