comscore
Tumpuan :
Jenayah

Sindiket perjudian online diserbu, 40 ditahan

FOTO Ihsan: Polis Diraja Malaysia/ Facebook

KUALA LUMPUR: Seramai 40 individu ditahan disyaki terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian dan pengurup wang digital tidak sah menerusi beberapa serbuan di ibu negara dan Selangor, Jumaat lepas.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kesemua yang ditahan itu terdiri daripada 17 lelaki dan seorang wanita tempatan, 15 lelaki dan enam warga China, serta seorang lelaki warga Singapura, berumur antara 20 hingga 58 tahun.

FOTO Ihsan: Polis Diraja Malaysia/ Facebook

“Siasatan turut mendapati sindiket itu juga menjalankan kegiatan pengurup wang digital tanpa lesen dengan melakukan penukaran wang yang diterima dari China kepada matawang Kripto (USD) yang kemudiannya menghantar semula mata wang itu ke negara tersebut,”katanya dalam satu kenyataan malam semalam.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati sindiket itu menyediakan platform judi dalam talian itu menyasarkan warga Taiwan dan pelanggan yang berminat untuk bertaruh di platform itu dikehendaki untuk membuat pindahan wang ke akaun keldai yang dipercayai berada di China.

Kesemua suspek telah direman bermula Sabtu lepas hingga Khamis ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.

Loading...
Terkini