comscore
Tumpuan :
Nasional

Sindiket penipuan pekerjaan di luar negara buatkan negara rugi RM500 juta – Fahmi

 

Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Negara dianggarkan mengalami kerugian sehingga RM500 juta setiap tahun kerana terpedaya dengan sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, paling menyedihkan adalah duit simpanan mangsa yang terpedaya turut tergadai.

Justeru, beliau berkata, rakyat Malaysia diingatkan supaya berhati-hati dengan scam pekerjaan ke luar negara yang ditawarkan.

Menurut Fahmi lagi, rakyat negara ini ditipu dengan janji manis kononnya terdapat kerjaya yang lebih baik dengan gaji yang lebih besar.

“Sebaliknya apabila mereka sampai sahaja di sana (luar negara) mereka disuruh menjadi scammer.

“Sekiranya ada yang menjadi mangsa scammer, tidak perlu malu. Tampil ke hadapan dan buat laporan polis. Selepas itu jumpa saya insyallah kita akan cuba bantu,” katanya ketika Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Lembah Pantai di Taman Sri Sentosa.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Pantai turut mengingatkan supaya berhati-hati ketika memuat naik kandungan di media sosial.

“Elakkan daripada menyentuh tiga perkara iaitu, institusi diraja, agama dan perkauman.

“Sekiranya perkara ini tidak dipatuhi, anda boleh ditahan dan didakwa di mahkamah.

“Pihak berkuasa juga akan mengambil tindakan yang tegas sekiranya ada penyalahgunaan media sosial,” katanya.

Katanya lagi, media sosial bukanlah tempat untuk menabur fitnah.

“Nak berpolitik, berpolitiklah tetapi jangan menabur fitnah saya juga termasuk dalam perkara ini,” katanya.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini