comscore
Tumpuan :
Nasional

Sindiket Gadis Tempahan

KUALA LUMPUR: Taktik licik sebuah pusat karaoke menjadikan restoran sebagai pusat transit menempatkan GRO warga asing terbongkar di sekitar Jalan Puchong Mesra, di sini.

Dalam satu serbuan dijalankan anggota Jabatan Imigresen baru-baru ini mendapati GRO warga asing dipercayai dikumpulkan di restoran berkenaan sebelum dibawa naik ke pusat karaoke sebaik menerima tempahan daripada pelanggan.

Bagi mengelak ditahan, GRO terbabit mendakwa kononnya mereka adalah pelanggan serta datang hanya untuk berhibur dan menghadiri majlis sambutan hari lahir rakan di restoran berkenaan.

Namun taktik mereka gagal menyakinkan pihak berkuasa kerana gagal mengemukakan passport.

Dalam serbuan berkenaan empat individu warga tempatan ditahan termasuk seorang wanita berusia 69 tahun dipercayai ‘mummy’ kepada GRO berkenaan.

Ketika serbuah segelintir GRO di premis itu sudah melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Malah ada pekerja warga asing bersembunyi bagi mengelak ditahan pihak berkuasa kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Malaysia, Jafri Embok Taha, tindakan segelintir majikan warga tempatan tidak ambil peduli saranan pihak berkuasa punca sindiket kegiatan tidak bermoral melibatkan PATI masih berlarutan.

“Pihak kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana warganegara yang bersekongkol dan bekerjasama dalam sindiket keberadaan PATI di negara kita ini, dan pihak kami akan melakukan pembanterasan habis-habisan ke atas pihak-pihak yang terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan atau aktiviti dilakukan PATI diminta lapor kepada pihak Imigresen untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Rata-rata warga asing yang diperiksa disyaki melanggar Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa selain gagal mematuhi syarat pas yang ditetapkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan PATI boleh emailkan kepada pihak Imigresen di [email protected].

Saksikan laporan khas ‘Sindiket Gadis Tempahan’ dan pelbagai rangkuman kes sepanjang minggu dalam program 999 malam ini di TV3.

Program 999 bersiaran setiap Selasa, jam 9 malam dan strim sekarang melalui Tonton!

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini