comscore
Tumpuan :
Nasional

Sindiket bawa masuk warga asing: Imigresen beri kerjasama penuh kepada SPRM, polis

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) komited untuk memberi kerjasama penuh kepada agensi penguatkuasa terlibat susulan penahanan 49 pegawainya yang disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi modus operandi laluan kaunter khas (counter setting).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya akan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi terlibat berhubung tindakan lanjut yang akan diambil.

“Jabatan ini sekali lagi menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai tanpa mengira pangkat atau kedudukan yang menyalahgunakan kuasa untuk tujuan kepentingan peribadi yang melanggar undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilapor berkata, SPRM telah menahan 49 pegawai Imigresen kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket tersebut.

Beliau berkata, tangkapan seramai 12 orang pegawai JIM itu dibuat di Selangor, Negeri Sembilan (8), Kuala Lumpur (6) Pahang (6), Johor (4), Melaka (4) dan Bahagian Perisikan (9).

Jumlah itu antara 60 individu yang ditahan berkaitan sindiket terbabit termasuk seorang anggota wanita PDRM berpangkat Sarjan serta 10 ejen sindiket.

Laporan lanjut menyusul

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini