comscore
Tumpuan :
Nasional

[RASMI] Simpang Jeram kekal milik PH, majoriti lebih besar

Calon Pakatan Harapan, Ir Nazri Abdul Rahman (dua kiri) diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar. -Foto: NSTP

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan mempertahankan kerusi DUN Simpang Jeram selepas memenangi PRK kawasan itu dengan majoriti lebih besar.

Keputusan rasmi berkenaan bagi DUN Simpang Jeram itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Dun Simpang Jeram Jamil Hasni Abdullah pada jam 9.10 malam di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Muar di sini.

Calon PH Nazri Abdul Rahman memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,514 undi.

Calon Pakatan Harapan, Ir Nazri Abdul Rahman meraikan kemenangan Pilihan Raya Kecil DUN Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar. – Foto: NSTP

Nazri yang merupakan jurutera Majlis Perbandaran Muar memperoleh 13,844 undi menewaskan saingan daripada Pakatan Nasional (PN), Dr. Mohd. Mazri Yahya yang memperoleh 10, 330 undi.

PRK DUN Simpang Jeram, menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara PH, PN dan S. Jeganathan yang bertanding sebagai calon Bebas.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tahun lalu, PH melalui calonnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub menang dengan majoriti 2,399 undi.

 

Loading...
Terkini